Tags

, , , , , ,


Ada golongan ghairah sangat membanteras ajaran sesat
Ada yang tidak sesat disesatkan kerana hasad
Bahkan yang benar-benar sesat dimusnahkan agak lambat
Kerana mereka membanteras itu bukan ikhlas
Mereka hanya mahu hancurkan golongan yang mereka hasad
kerana mereka mendapat tempat di hati masyarakat
Dicari-carilah kesalahan mereka walaupun sebesar habuk
diisytiharkan sesat
Membanteras ajaran sesat semata-mata Islam tidak akan berdaulat
Mereka yang menentang ajaran sesat yang ada kuasa agama kenalah buat
Berilah ilmu dan tunjuklah jalan dan suri teladan di dalam kehidupan
Ilmu tidak diberi suri teladan terhadap rakyat akan dipersoalkan oleh segelintir yang menguat kuasakan agama
Yang penting tunjuk jalan dan suri teladan untuk ikutan
Di bidang kemajuan, ibadah yang baik, akhlak yang mulia kenalah tunjukkan
Kalau songkok pun tidak dipakai waktu berjalan orang ramai akan pertikaikan
Macam mana ulama’-ulama’ yang ada autoriti kepala gondol boleh jadi suri teladan
Setakat menyesatkan orang Islam tidak akan berdaulat di dalam kehidupan
Para ulama’ terutama ulama’ rasmi mestilah jadi ikutan
Kalau tidak ada suri teladan orang akan berkata selamat jalan
Cakap saja berdekah-dekah tidak serupa dengan perbuatan
Orang akan mencemik bahkan bercakap-cakap di belakang,
Tidak malukah dibualkan orang
Janganlah berlagak hero agama
Orang sekarang sudah pandai-pandai tidak mudah dikelirukan
Orang sudah faham siapa orang agama siapa orang yang menggunakan agama
Orang menggunakan agama berlagak hero agama, orang takkan pedulikan
Orang beragama walaupun difitnah menjadi ikutan orang
Tidak payah berlagak hero agama, kalau kita benar diikut orang
Walau ada kuasa sudah tekan orang namun tidak diikut orang
Orang ramai faham siapa orang agama patut menjadi ikutan
Walaupun mereka difitnah, dihalang namun mereka disayangi orang
Kalau pendidik tidak ada identity agama, walaupun memperjuangkan agama diketawakan orang
Sebenarnya orang ini sakit hati, ada kuasa agama, tidak dipedulikan orang
Ada orang lain tidak ada kuasa agama, tapi beragama disayangi dan dijadikan ikutan
Yang ada kuasa agama tapi tidak beragama ditinggalkan orang
Kalau kita ada kuasa agama tidak diikut orang, adalah yang tidak kena di dalam perbuatan
Orang ramai bukan boleh dipaksa diri ikut orang
Orang ramai boleh menilai mana yang dikata kaca, yang mana intan
Yang mana emas sepuluh dan yang mana emas sembilan
Yang mana orang agama kerana cari makan
Dan yang mana orang yang memperjuangkan agama kerana Tuhan