About

“Membangun dan berkemajuanlah, asalkan dilandasi dengan iman. Insya Allah akan selamat dan menyelamatkan, dunia dan akhirat.”

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi (Founder & Owner of Global Ikhwan Sdn. Bhd.) Global Ikhwan Sdn. Bhd. merupakan sebuah perusahaan yang didirikan oleh Abuya Ashaari Muhammad yang bertujuan untuk membangun cara hidup Islam di dalam seluruh aspek kehidupan, terutama dalam perniagaan dan perekonomian.

Sebagai orang Islam, walaupun di mana saja kita berada, tentu kita ingin membuktikan bahwa Islam adalah cara hidup pilihan.

Asas perniagaan ini adalah dengan menjadikan Allah sebagai Cinta Agung sehingga Allah dicintai dan ditakuti serta menjadikannya sebagai pendorong untuk berkhidmat dan memberikan manfaat kepada sebanyakbanyak manusia.

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW, “Sebaikbaik manusia ialah yang paling banyak memberikan manfaat kepada manusia lain.”